26 October 2014

HARI KEUSAHAWANAN & HARI TERBUKA KOKURIKULUM 2014

Hari Keusahawanan & Hari Terbuka Kokurikulum SK Tanjung Gelam telah diadakan pada 21 Oktober 2014 melibatkan seluruh warga SK Tanjung Gelam dan masyarakat sekitar. Program yang berlangsung pada hari tersebut itu telah dirasmikan oleh En. Ariffin b. Ali, Pen. Pegawai Pendidikan Teknik & Vokasional dari PPD Kuala Terengganu. Pelbagai acara yang diadakan, antaranya pameran agensi kerajaan, gerai jualan, persembahan taekwando, sukaneka prasekolah, pertandingan mewarna, cabutan bertuah serta teka kacang.


09 September 2014

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2014

Majlis Restu Ilmu ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Kecemerlangan UPSR bersama Unit Bimbingan Kaunseling. Program ini bertujuan mendapatkan keredhaan daripada guru-guru segala ilmu yang telah dititiskan oleh mereka sejak dari Tahun 1 hinggalah ke Tahun 6. Dengan keredhaan ini diharap ilmu daripada guru-guru mendapat keberkatan dan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2014 nanti. Majlis ini telah diadakan pada 8/9/2014 (Isnin) di Dewan Sri Gelam.

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2014

Pada 4/9/2014 bersamaan hari Khamis malam Jumaat pihak sekolah telah mengadakan Solat Hajat Perdana bagi murid-murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR pada 9-11/9/2013. Majlis yang diadakan di Masjid Jamek Gong Pak Jin dengan kerjasama komuniti setempat dan Persatuan Ibubapa Guru.

03 September 2014

TEMU MURNI PIHAK PENTADBIR BERSAMA MURID ELIT DAN IBU BAPA

TARIKH:7 OGOS 2014
TEMPAT:BILIK MESYUARAT SEKOLAH
SASARAN: MURID ELIT DAN IBU BAPA


TAKLIMAT MURID TAHUN 6 BERSAMA WAKIL PPDKT

TARIKH: 3 SEPTEMBER 2014
TEMPAT: DEWAN SERI GELAM
SASARAN: SEMUA MURID TAHUN 6


PROGRAM AMBANG MERDEKA

TARIKH: 28/8/2014 (KHAMIS)
TEMPAT: DEWAN SRI GELAM
SASARAN: TAHUN 1-TAHUN 5
AKTIVITI: - PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK


PAMERAN INOVASI

Jemputan ke Majlis Pameran Inovasi anjuran Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato' Razali Ismail dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Sasaran murid adalah 20 orang murid Tahun 5.


13 August 2014

PROGRAM PENCEGAHAN DENGGI & KEMPEN ANTI DENGGI

Kes demam denggi semakin bertambah di negara kita dari sehari ke sehari. Demam denggi yang berpunca dari gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus flavivirus ke dalam salur darah manusia yang boleh menyebabkan demam denggi berdarah malah turut mengakibatkan kepada kematian.

09 August 2014

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2014/1435H

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah telah diadakan pada 5 Ogos 2014 (Selasa) bersamaan 9 Syawal 1435H. Majlis berjalan begitu meriah sekali. Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sambutan hari raya ini ialah persembahan guru, persembahan murid dan jamuan raya.

04 July 2014

LAWATAN KE SEKOLAH ELIT: SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU, BESUT

Seramai 62 murid Tahun 6 SKTG telah mengikuti lawatan sambil belajar ke SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling pada 26 Jun 2014 yang lalu. Tujuan lawatan ini adalah sebagai aktiviti sokongan akademik untuk mengembangkan potensi diri pelajar di samping meningkatkan motivasi pelajar ke arah kecemerlangan.

01 July 2014

CERAMAH RAMADHAN MULIA, SAHSIAH GEMILANG, AKADEMIK CEMERLANG

Pada 23 Jun 2014, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Program Kecemerlangan SKTG telah mengadakan ceramah Ramadhan Mulia, Sahsiah Gemilang & Akademik Cemerlang bertempat di Surau Al-Taqwa (Surau Sekolah).

29 June 2014

PROGRAM TEMU MURNI 2014

Demi kecemerlangan pertemuan enam mata diadakan bersama murid, ibubapa dan guru.

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT SKTG 2014

Aktiviti:
1) Pengosongan Bangunan
2) Ceramah Keselamatan Diri
3) Demontrasi Memadam Kebakaran

Bersama anggota BOMBA dari Bahagian Latihan Balai Kuala Terengganu.

23 June 2014

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT-UNIT BERUNIFORM SKTG 2014

Pada 19 hingga 21 Jun 2014 yang lalu, SK Tanjung Gelam telah mengadakan program perkhemahan unit beruniform bertempat di padang sekolah. Perkhemahan tersebut melibatkan semua unit beruniform sekolah iaitu Pengakap,Tunas Puteri, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Sebanyak 105 peserta yang mewakili unit-unit tersebut mengambil bahagian yang terdiri daripada murid Tahun 5 dan semua murid Tahun 6 terlibat dalam perkhemahan tersebut.

18 June 2014

PEMAKAIAN LENCANA KECEMERLANGAN UPSR 2014

Murid-murid Tahun 6 SKTG 2014 yang bakal menduduki UPSR tahun ini dipakaikan lencana kecemerlangan sebagai motivasi untuk mereka melipatgandakan usaha bagi mencapai 5A dan cemerlang dalam peperiksaan tahun ini.

26 May 2014

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1435H PERINGKAT SEKOLAH

Alhamdulillah, pagi tadi majlis telah berlangsung dengan baik dan lancar. Murid-murid dan guru begitu menghayati sesi forum yang disampaikan oleh ahli-ahli panel yang terdiri daripada YM Tuan Harun b. Tuan Cob, Ustaz Hishammuddin Baharie b. Mohamad Nor dan Ustaz Roslan b. Omar. Semoga semua murid mendapat pengisian serta memahami erti israk dan mikraj sepenuhnya. Insyaallah.

24 May 2014

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2014


Sambutan hari guru di SK Tanjung Gelam telah diadakan pada hari Ahad 18 Mei 2014 yang lalu. Berbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan sambutan hari istimewa ini. Antara aktiviti ialah nyanyian lagu tema Hari Guru 2014 oleh guru-guru SK Tanjung Gelam, penyerahan kad ucapan oleh murid kepada guru-guru, persembahan murid, sukaneka antara guru dan kakitangan, jamuan dan banyak lagi.

22 May 2014

UJIAN KENAIKAN TALI PINGGANG TAEKWONDO

Kelab Taekwondo SKTG telah mengadakan Ujian Kenaikan Tali Pinggang Taekwondo pada 17 Mei 2014 yang lalu bertempat di Dewan Sri Gelam SKTG.

16 May 2014

KARNIVAL BOLING SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SKTG 2014

Guru-guru SKTG dalam acara bowling di ketuai oleh GB sendiri. Saksikan gelagat guru dihari guru.

08 May 2014

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM

MAJLIS PERPISAHAN GURU - GURU PRAKTIKUM DARI IPG KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL, K. TERENGGANU.

NAMA GURU PRAKTIKUM:-
MUHAMAD AIZUDDIN
MOHD HAFIZ ALMUHAIMI
NUR SYAMIMI
NURUL JANNAH
TEMPOH: 26 JAN - 24 APR 2014

TARIKH : 24.04.14 (KHAMIS)
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTG





22 March 2014

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSDKTU TAHUN 2014

Kejohanan Bola Tampar MSSD Kuala Terengganu Utara telah berlangsung pada 17 hingga 19 Mac 2014 bertempat di SK Bukit Tunggal. Dalam kejohanan ini Pasukan Lelaki B12 Tahun SK Tanjung Gelam di tempat yang ketiga. Tahniah kepada semua pemain dan guru-guru yang terlibat.

20 March 2014

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

Sehubungan dengan Program Susu 1Malaysia yang melibatkan semua murid SK Tanjung Gelam. Setiap murid diberi minum sebanyak 2 kali seminggu (2 kotak seminggu). Matlamat utama program adalah untuk murid mendapat manfaat khasiat susu untuk tumbesaran anak-anak serta kebaikan bagi mengoptimumkan kecerdasan mental dan fizikal mereka.

AKTIVITI MEMASAK UNIT BERUNIFORM - MEE GORENG 100 RASA

Pada 11 Mac 2014, Unit Ko Kurikulum SK Tanjung Gelam telah mengadakan aktiviti memasak Unit Beruniform. Aktiviti ini telah disertai oleh murid dari tahun 4 hingga tahun 6. Unit beruniform yang terlibat ialah Pengakap, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Semua guru terlibat dalam menjayakan aktiviti yang diadakan pada hari Selasa. Terima kasih kepada yang terlibat menjayakan aktiviti ini.

12 March 2014

GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH 2014

11 Mac 2014 – SKTG telah mengadakan satu Gotong Royong Perdana Sekolah yang melibatkan semua guru, murid serta kakitangan warga SKTG. Acara tersebut yang bermula pada jam 8.15 pagi melibatkan para guru dan murid berhimpun di dataran perhimpunan bagi mendengar sedikit taklimat berkaitan dengan gotong-royong yang telah disampaikan oleh penyelaras unit kebersihan dan keceriaan.

20 February 2014

MAJLIS PERTUKARAN PUAN NORHAIDAR

Majlis persaraan Puan Norhaidar telah berlangsung dengan gilang gemilang agar menjadi ingatan dan kenang-kenangan beliau di dalam menempuh hidup sebagai seorang guru yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot.

19 February 2014

MAJLIS PERSARAAN HJH HINDUN (Bersama Staf dan Kakitangan Sekolah)

TARIKH : 6 FEBRUARI 2014
MASA : 3.00 - 6.00 PETANG
TEMPAT : HOTEL GRAND CONTINENTAL

MAJLIS PERSARAAN PUAN HJH HINDUN


MAJLIS PERSARAAN PN. HJH HINDUN BT CHE ABDULLAH...


TARIKH : 9 Februari 2014
MASA : 7.40 hingga 1.00 petang
TEMPAT : Dewan Seri Gelam, SK Tanjung Gelam