Kes demam denggi semakin bertambah di negara kita dari sehari ke sehari. Demam denggi yang berpunca dari gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus flavivirus ke dalam salur darah manusia yang boleh menyebabkan demam denggi berdarah malah turut mengakibatkan kepada kematian.
Menyedari tentang bahayanya penyakit tersebut, pihak sekolah telah menjemput En. Tarmizi b. Ab Rahman, Penolong Pegawai Kesihatan dari Unit Vektor Pejabat Kesihatan Daerah K.Terengganu untuk memberi ceramah yang telah diadakan pada 12 Ogos 2014 di Dewan Sri Gelam. Murid-murid telah didedahkan tentang bahaya nyamuk aedes, tempat-tempat pembiakan nyamuk, cara-cara mengawal denggi, simptom demam denggi dan rawatan demam denggi melalui ceramah dan sesi soal jawab. Murid-murid yang menjawab telah diberi cenderahati. Selain itu ada pameran mengenai bahaya aedes di sudut belakang dewan. Selepas selesai ceramah tersebut murid-murid serta guru mengadakan gotong royong sekitar kawasan sekolah.
Melalui program ini diharapkan warga SKTG dapat menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat, memupuk sikap keperihatinan dan komitmen yang tinggi tentang pendidikan pencegahan denggi serta dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, kondusif dan bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.
No comments:
Post a Comment