26 May 2014

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1435H PERINGKAT SEKOLAH

Alhamdulillah, pagi tadi majlis telah berlangsung dengan baik dan lancar. Murid-murid dan guru begitu menghayati sesi forum yang disampaikan oleh ahli-ahli panel yang terdiri daripada YM Tuan Harun b. Tuan Cob, Ustaz Hishammuddin Baharie b. Mohamad Nor dan Ustaz Roslan b. Omar. Semoga semua murid mendapat pengisian serta memahami erti israk dan mikraj sepenuhnya. Insyaallah.

Hari: Jumaat
Tarikh: 26 Mei 2014 bersamaan 26 Rejab 1435H
Masa: 8.00 - 12.00 tengah hari


Aturcara Program
7.30 – 7.45          : Pelajar berkumpul di dataran perhimpunan.
7.45 – 8.00          : Murid dan guru bersama-sama berkumpul di Dewan Sri Gelam.
8.00 – 8.15          : Ucapan aluan Pengerusi Majlis.
8.15 – 10.00        : Forum.
10.00 – 10.30      : Rehat.
10.30 – 12.00      : Bijak JAWI dan persembahan selingan.

Rasional:
Program ini adalah salah satu usaha untuk menerapkan nilai murni serta memberi kesedaran kepada murid SK Tanjung Gelam tentang kewajipan solat.

Objektif:
* Menanam rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah.
* Memberi peringatan tentang peristiwa Israk Dan Mikraj Nabi S.A.W.
* Memberi kesedaran kepada murid akibat meninggalkan solat 5 waktu.
* Memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya mengerjakan solat.
* Menerapkan rasa yakin murid pada peristiwa Israk dan Mikraj.
* Mengasah bakat murid dalam aktiviti berteraskan Islam.
* Menyayangi dan menghargai kedua ibu bapa.



































No comments:

Post a Comment