Selepas taklimat, para hadirin mula bergerak ke kawasan kerja masing-masing, di mana semua guru dan kakitangan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan membersihkan dan menceriakan zon yang telah diperuntukkan kepada kumpulan masing-masing.
Aktiviti gotong royong ini selesai pada pukul 9.45 pagi. Diharapkan agar para murid akan terus memastikan kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing berkekalan agar sesi pembelajaran akan dapat dijalankan dalam keadaan yang selesa.
Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan warga SKTG yang hadir memeriahkan Gotong-Royong Perdana 2014, juga kepada murid-murid yang turut menyumbangkan masa dan tenaga.
No comments:
Post a Comment