23 June 2014

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT-UNIT BERUNIFORM SKTG 2014

Pada 19 hingga 21 Jun 2014 yang lalu, SK Tanjung Gelam telah mengadakan program perkhemahan unit beruniform bertempat di padang sekolah. Perkhemahan tersebut melibatkan semua unit beruniform sekolah iaitu Pengakap,Tunas Puteri, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Sebanyak 105 peserta yang mewakili unit-unit tersebut mengambil bahagian yang terdiri daripada murid Tahun 5 dan semua murid Tahun 6 terlibat dalam perkhemahan tersebut.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan iaitu aktiviti mendirikan khemah masing-masing, kembara jalanan, kembara malam, kawad kaki, ikatan bantu mula, rekacipta, pertandingan memasak dan juga persembahan berkumpulan (malam kebudayaan). Acara penutupan program ini telah disempurnakan oleh tuan guru besar SKTG sendiri iaitu En. Rosdi b. Jusoh. Beliau tekah berbesar hati meluangkan masa dan menyampaikan hadiah kepada para peserta perkhemahan. Johan keseluruhan dimenangi oleh Pasukan Pengakap. Tahniah diucapkan.

Sesungguhnya aktiviti perkhemahan Unit Beruniform ini telah memberikan banyak manfaat dan pengalaman berguna kepada semua peserta. Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan aktiviti ini benar-benar dapat menjadikan program ini lebih lancar dan teratur. Jutaan terima kasih diucapkan kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jayanya kepada semua guru dan kakitangan sekolah dan semua peserta perkhemahan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform pada tahun ini.


Hari Pertama

Pendaftaran & Mendirikan khemah

Aktiviti Kembara Jalanan

Aktiviti Kembara Jalanan

Aktiviti Kembara Malam


Hari Kedua

Kawad Kaki

Kawad Kaki

Kawad Kaki

Pertandingan Ikatan Bantu Mula

Pertandingan Simpulan Tali (Gajet)

Pertandingan Memasak

Pertandingan Merekacipta
Malam Kebudayaan


Hari Ketiga

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah.








No comments:

Post a Comment