26 October 2014

HARI KEUSAHAWANAN & HARI TERBUKA KOKURIKULUM 2014

Hari Keusahawanan & Hari Terbuka Kokurikulum SK Tanjung Gelam telah diadakan pada 21 Oktober 2014 melibatkan seluruh warga SK Tanjung Gelam dan masyarakat sekitar. Program yang berlangsung pada hari tersebut itu telah dirasmikan oleh En. Ariffin b. Ali, Pen. Pegawai Pendidikan Teknik & Vokasional dari PPD Kuala Terengganu. Pelbagai acara yang diadakan, antaranya pameran agensi kerajaan, gerai jualan, persembahan taekwando, sukaneka prasekolah, pertandingan mewarna, cabutan bertuah serta teka kacang.



Selain itu, terdapat juga gerai Jabatan Kesihatan yang menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma untuk semua yang hadir pada hari tersebut.

Hari Kokurikulum tahun ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai agensi awam dan swasta yang mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing. Terdapat gerai pameran oleh pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Lembaga Tabung Haji, pertunjukan ular oleh Jabatan Pertahanan Awam, Kolej Inforana, pameran produk-produk Tupperware dan Tokey Emas Sdn. Bhd, serta pameran kereta terbaru keluaran Proton iaitu Iriz.

Majlis perasmian penutup menyaksikan penyampaian hadiah  kepada para pemenang pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang berlangsungnya program pada hari tersebut. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SK Tanjung Gelam, En. Rosdi b. Jusoh. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan membantu menjayakan Hari Keusahawanan & Hari Terbuka Kokurikulum 2014, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.



































No comments:

Post a Comment