12 July 2013

BENGKEL APLIKASI KOMPUTER

BENGKEL APLIKASI KOMPUTER
(MS Words Dan Power Point)


PENGENALAN

Semua warga sekolah termasuk guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam telah selesai melaksanakan kursus dalam perkhidmatan siri pertama. Kursus ini adalah dibawah anjuran Jawatankuasa LADAP dan Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam dengan kerjasama Fakulti Informatik, UNISZA, Kuala Terengganu. Kursus siri pertama yang dijalankan adalah Bengkel Aplikasi Komputer (MS Word dan Power Point) yang disampaikan oleh tenaga pengajar dari Fakulti Informatik, UNISZA.  

Bengkel ini telah dilaksanakan seperti ketetapan berikut :         

Tarikh              :           16 Mac 2013
            Hari                 :           Sabtu
            Masa               :           8.00 pagi – 5.00 Petang
Tempat            :           Bilik Mesyuarat 1, Blok Anas, UNISZA

                     
OBJEKTIF

Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk :

a.                  Memberi pendedahan kepada guru dan kakitangan dalam penggunaan teknologi maklumat semasa pengajaran dan pembelajaran serta dalam menjalankan tugas-tugas lain. Ini bersesuaian dengan kemudahan sebuah makmal komputer yang terdapat di sekolah.

b.                  Meningkatkan pengetahuan kepada guru dan kakitangan  dalam menggunakan perisian ms word dan ms power point. Pengetahuan ini amat berguna kepada guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.


Melalui bengkel ini diharap semua guru dan kakitangan dapat menggunakan kemudahan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran serta dalam melaksanakan tugas-tugas lain. 


AKTIVITI SEPANJANG KURSUS










No comments:

Post a Comment