09 July 2013

Aktiviti PEWARIS

Projek Gotong Royong membina Taman Herba dan Bumi Hijau telah diadakan pada 15 Februari 2013. Aktiviti ini telah disertai oleh ibu bapa kanak-kanak prasekolah Gemilang dan Cemerlang serta Ahli Jawatankuasa PEWARIS. Majlis bermula jam 8.15 pagi hingga 12.00 tengah hari. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah membina batas, menyemai benih pokok, dan menambun tanah bagi dijadikan tapak bagi tujuan penanaman pokok. Pihak prasekolah telah menyediakan sedikit jamuan ringan untuk para ibu bapa.

No comments:

Post a Comment