09 July 2013

KEM TEKNIK MENJAWAB KERTAS MATA PELAJARAN UPSR 2013

Pada 1 hingga 2 Julai 2013 SKTG telah mengadakan kem teknik menjawab soalan mata pelajaran UPSR  bagi murid Tahun 6AS. Kem ini diadakan di Chalet Annis, Mengabang Telipot Kuala Terengganu. Tujuan kem ini diadakan untuk menambahkan pengetahuan murid tentang teknik menjawab soalan UPSR secara berkesan. Dua orang fasilitator dari luar telah dijemput untuk memberi kemahiran menjawab soalan sains dan bahasa melayu. Diharap murid-murid yang  terpilih ini dapat mendapat ilmu dan kemahiran yang akan membawa kejayaan dalam UPSR nanti.

1 comment:

  1. Satu usaha yang baik bagi meningkatkan kecemerlangan UPSR. Syabas!

    ReplyDelete