12 July 2013

BENGKEL PENGISIAN BLOG

BENGKEL PEMBINAAN DAN PENGISIAN BLOG


PENGENALAN

Semua warga sekolah termasuk guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam telah selesai melaksanakan kursus dalam perkhidmatan siri kedua. Kursus ini adalah dibawah anjuran Jawatankuasa LADAP SKTG dengan kerjasama Unit ICT SK Tanjung Gelam, Kuala Terengganu.

Bengkel ini pada awalnya dirancang untuk dilaksanakan pada ketetapan berikut :

Tarikh              :           29 Jun 2013
Hari                 :           Sabtu
Masa               :           8.00 pagi – 4.15 Petang
Tempat            :           Bilik Komputer SK Tanjung Gelam

Oleh kerana terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, seperti aktiviti Sukan Tahunan Sekolah dan kelas Tambahan murid Tahun 5 dan Tahun 6, maka perlaksanaan Bengkel Pembinaan Dan Pengisian Blok ini telah ditunda seperti tarikh yang berikut :          

  Tarikh              :           09 Julai 2013
              Hari                 :           Selasa
              Masa               :           1.30 petang – 5.30 Petang
  Tempat            :           Bilik Komputer SK Tanjung Gelam

                     
OBJEKTIF

Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk :

a.                  Memberi kesedaran kepada guru tentang keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan elektronik dan Web.

b.                  Membantu guru dan kakitangan mendapatkan maklumat dan membantu murid (pengunjung) mencari maklumat lain dengan memilih pautan-pautan yang disediakan.

c.                  Memberi pendedahan kepada guru untuk membina soalan dalam pos Blogger.
 


Melalui bengkel ini diharap semua guru dan kakitangan dapat menggunakan kemudahan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran serta dalam melaksanakan tugas-tugas lain.


 AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG BENGKEL









2 comments:

  1. Tahniah Pn.Noraini Ismail,En.Mohd Zuki dan EIO kerana berjaya mengadakan bengkel .

    ReplyDelete
  2. http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=WB4dmNyzht4

    ReplyDelete