28 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA SKTG

Pada 30/7/2013 Panitia Pendidiikan mengadakan majlis berbuka puasa di Kantin SKTG.Majlis ini meraikan murid-murid miskin dan anak-anak yatim.Sedikit sumbangan diberikan kepada murid murid terlibat.Turut menyerikan majlis terdiri daripada guru-guru, kakitangan dan para jemputan.Terima kasih pihak-pihak yang menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program .

25 July 2013

SARANA SKTG

Suatu anisiatif bagi meningkatkan penglibatan ibubapa dan komuniti dalam pembelajaran anak-anak didalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta.Sarana terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Sarana Sekolah dasn Sarana Ibubapa.
Ibubapa SKTG telah diedarkan risalah berkaitan sarana Ibubapa .Dalam Risalah tersebuat dijelaskan bagaimana ibubapa boleh melibatkan diri dalam sarana.

21 July 2013

UJIAN PERCUBAAN UPSR

Bermula 21/7-23/7/2013 semu murid Tahun 6 SKTG seramai 66 orang calon telah menjalani Ujian yang melibatkan matapel;ajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,Semoga berjaya.

14 July 2013

PROGRAM SAYANGI ALAM SEKITAR SKTG

SKTG telah mengadakan Program Minggu Sayangi Alam Sekitar bermuala 14/7 hingga 21/7 dengan bermatlamat memberi kesedaran kepada semua betapa penting menjaga alam sekitar terutama di sekelah.Beberapa aktivti telah disediakan seperti mewarna dan melukis poster, menghias kelas dan lain-lain aktiviti.

12 July 2013

BENGKEL APLIKASI KOMPUTER

BENGKEL APLIKASI KOMPUTER
(MS Words Dan Power Point)


PENGENALAN

Semua warga sekolah termasuk guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam telah selesai melaksanakan kursus dalam perkhidmatan siri pertama. Kursus ini adalah dibawah anjuran Jawatankuasa LADAP dan Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam dengan kerjasama Fakulti Informatik, UNISZA, Kuala Terengganu. Kursus siri pertama yang dijalankan adalah Bengkel Aplikasi Komputer (MS Word dan Power Point) yang disampaikan oleh tenaga pengajar dari Fakulti Informatik, UNISZA.  

Bengkel ini telah dilaksanakan seperti ketetapan berikut :         

Tarikh              :           16 Mac 2013
            Hari                 :           Sabtu
            Masa               :           8.00 pagi – 5.00 Petang
Tempat            :           Bilik Mesyuarat 1, Blok Anas, UNISZA

                     
OBJEKTIF

Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk :

a.                  Memberi pendedahan kepada guru dan kakitangan dalam penggunaan teknologi maklumat semasa pengajaran dan pembelajaran serta dalam menjalankan tugas-tugas lain. Ini bersesuaian dengan kemudahan sebuah makmal komputer yang terdapat di sekolah.

b.                  Meningkatkan pengetahuan kepada guru dan kakitangan  dalam menggunakan perisian ms word dan ms power point. Pengetahuan ini amat berguna kepada guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.


Melalui bengkel ini diharap semua guru dan kakitangan dapat menggunakan kemudahan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran serta dalam melaksanakan tugas-tugas lain. 


AKTIVITI SEPANJANG KURSUS










BENGKEL PENGISIAN BLOG

BENGKEL PEMBINAAN DAN PENGISIAN BLOG


PENGENALAN

Semua warga sekolah termasuk guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam telah selesai melaksanakan kursus dalam perkhidmatan siri kedua. Kursus ini adalah dibawah anjuran Jawatankuasa LADAP SKTG dengan kerjasama Unit ICT SK Tanjung Gelam, Kuala Terengganu.

Bengkel ini pada awalnya dirancang untuk dilaksanakan pada ketetapan berikut :

Tarikh              :           29 Jun 2013
Hari                 :           Sabtu
Masa               :           8.00 pagi – 4.15 Petang
Tempat            :           Bilik Komputer SK Tanjung Gelam

Oleh kerana terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, seperti aktiviti Sukan Tahunan Sekolah dan kelas Tambahan murid Tahun 5 dan Tahun 6, maka perlaksanaan Bengkel Pembinaan Dan Pengisian Blok ini telah ditunda seperti tarikh yang berikut :          

  Tarikh              :           09 Julai 2013
              Hari                 :           Selasa
              Masa               :           1.30 petang – 5.30 Petang
  Tempat            :           Bilik Komputer SK Tanjung Gelam

                     
OBJEKTIF

Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk :

a.                  Memberi kesedaran kepada guru tentang keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan elektronik dan Web.

b.                  Membantu guru dan kakitangan mendapatkan maklumat dan membantu murid (pengunjung) mencari maklumat lain dengan memilih pautan-pautan yang disediakan.

c.                  Memberi pendedahan kepada guru untuk membina soalan dalam pos Blogger.
 


Melalui bengkel ini diharap semua guru dan kakitangan dapat menggunakan kemudahan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran serta dalam melaksanakan tugas-tugas lain.


 AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG BENGKEL









11 July 2013

PROGRAM TADARUS SEPANJANG RAMADHAN

Panitia Agama telah merancang aktiviti sepanjang Ramadhan dengan bertadarus melibatkan semua murid dan guru secara berkumpulan.Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan setiap tahun.

PERTANDINGAN MEWARNA PRASEKOLAH

Pertandingan Mewarna prasekolah telah dianjurkan oleh Persatuan Bola Baling Unisza. Pertandingan telah diadakan di Dewan Gimnasium Unisza pada 10hb Mei 2013. Disertai oleh 20 orang murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam. Johan pertandingan mewarna telah dimenangi oleh adik Nur Humairah Azzahra bt Anuar dari Prasekolah Gemilang.







09 July 2013

KELAS PRASEKOLAH CEMERLANG

Kelas Prasekolah Cemerlang mempunyai 23 orang murid iaitu 13 orang murid lelaki dan  10 orang murid perempuan. Kelas ini dikendalikan oleh Pn Norlida bt Wahab dan dibantu oleh Pn Selamah bt Ahamad.Ini adalah sudut-sudut pembelajaran yang terdspat dalam kelas Prasekolah Cemerlang.




GOTONG-ROYONG MURID PRASEKOLAH

Pada hari Isnin, 8hb Julai 2013 satu aktiviti gotong royong membersihkan kawasan prasrkolah telah diadakan.Antaranya membersihkan kawasan Taman Herba,taman permainan dan kawasan sekitar. Ini adalah antara gambar-gambar aktiviti gotong royong tersebut.






Perhimpunan Mingguan SK Tanjung Gelam



Setiap pagi hari Ahad waktu persekolahan diadakan perhimpunan di Dataran Ilmu SK Tanjung Gelam. Perhimpunan dimulai dengan nyanyian lagu negaraku , lagu selamat sultan dan lagu sekolah.

KEM TEKNIK MENJAWAB KERTAS MATA PELAJARAN UPSR 2013

Pada 1 hingga 2 Julai 2013 SKTG telah mengadakan kem teknik menjawab soalan mata pelajaran UPSR  bagi murid Tahun 6AS. Kem ini diadakan di Chalet Annis, Mengabang Telipot Kuala Terengganu. Tujuan kem ini diadakan untuk menambahkan pengetahuan murid tentang teknik menjawab soalan UPSR secara berkesan. Dua orang fasilitator dari luar telah dijemput untuk memberi kemahiran menjawab soalan sains dan bahasa melayu. Diharap murid-murid yang  terpilih ini dapat mendapat ilmu dan kemahiran yang akan membawa kejayaan dalam UPSR nanti.

PRASEKOLAH GEMILANG

I
Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam mempunyai dua buah kelas Prasekolah iaitu Kelas Prasekolah Gemilang dan Kelas Prasekolah Cemerlang. Kelas Prasekolah Gemilang mempunyai 25 orang murid iaitu 14 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Dikendalikan oleh guru yang bernama Pn Masliza binti Malim dan Pembantu Pengurusan Murid pula Pn Zainun bt Abd Kadir. Inilah di antara sudut-sudut pembelajaran yang terdapat di Kelas Prasekolah Gemilang.












SEK KEB TANJUNG GELAM: Kak N SKTG



SEK KEB TANJUNG GELAM: Kak N SKTG: Sedang menghadiri krusus pembinaan blog seramai 33 guru SKTG di bilik ICT SKTG. Dah tua2 baru nak jadi blogger. Suka pun ada....ermmm..........
gie.... IPG....bukan jauh sangat...Melaka aje......anakandaku jauh lagi.......Kapit...tu....posting dua kali naik belon, dua kali naik bot laju.....sekali bot.....panjang....baru sampai.........sehari semalam dari Sibu....bermalam di Kapit 3 hariii........3 malamm.....hotel di Kapit....mujur murohh.....RM40....sendirian berhad....Alhamdullillah, sekolah rendah yang berasrama.....dapat menginap di kuartes bersama 3 guru bujang....dari kuartes...ke sekolah...lalu titian gantung merentas sungai.........

Welcome Ramadhan Al- Mubarak







  
Benefit the utmost your invaluable month from twelve months given by Allah The Almighty with every activities ever thought.  May Allah gives us the strength and  patience throughout the month,InsyaAllah.  Please use my new blog for response.


                                          




From : English Panel SKTG  2013.