22 March 2014

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSDKTU TAHUN 2014

Kejohanan Bola Tampar MSSD Kuala Terengganu Utara telah berlangsung pada 17 hingga 19 Mac 2014 bertempat di SK Bukit Tunggal. Dalam kejohanan ini Pasukan Lelaki B12 Tahun SK Tanjung Gelam di tempat yang ketiga. Tahniah kepada semua pemain dan guru-guru yang terlibat.

20 March 2014

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

Sehubungan dengan Program Susu 1Malaysia yang melibatkan semua murid SK Tanjung Gelam. Setiap murid diberi minum sebanyak 2 kali seminggu (2 kotak seminggu). Matlamat utama program adalah untuk murid mendapat manfaat khasiat susu untuk tumbesaran anak-anak serta kebaikan bagi mengoptimumkan kecerdasan mental dan fizikal mereka.

AKTIVITI MEMASAK UNIT BERUNIFORM - MEE GORENG 100 RASA

Pada 11 Mac 2014, Unit Ko Kurikulum SK Tanjung Gelam telah mengadakan aktiviti memasak Unit Beruniform. Aktiviti ini telah disertai oleh murid dari tahun 4 hingga tahun 6. Unit beruniform yang terlibat ialah Pengakap, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Semua guru terlibat dalam menjayakan aktiviti yang diadakan pada hari Selasa. Terima kasih kepada yang terlibat menjayakan aktiviti ini.

12 March 2014

GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH 2014

11 Mac 2014 – SKTG telah mengadakan satu Gotong Royong Perdana Sekolah yang melibatkan semua guru, murid serta kakitangan warga SKTG. Acara tersebut yang bermula pada jam 8.15 pagi melibatkan para guru dan murid berhimpun di dataran perhimpunan bagi mendengar sedikit taklimat berkaitan dengan gotong-royong yang telah disampaikan oleh penyelaras unit kebersihan dan keceriaan.