07 November 2013

KURSUS FROG VLE



KURSUS
KESEDARAN FROG VLE DI BAWAH PROJEK 1 BESTARINET


PENGENALAN

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel. Olehitu, Projek 1BestariNet telah dilaksanakan oleh Kementerian PlejaranMalayisa mulai tahun 2011. Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi denganpenyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran , pembelajaran ,kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusiVirtual Learning Environment ( VLE FROG ) yang boleh diakses disekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet.
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.   Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

OBJEKTIF

a.  Memperkenalkan VLE Frog kepada guru dan murid.

b.             Memotivasikan dan memberi inspirasi kepada para peserta tentang perlunya kaedah  pengajaran baru.

c.              Memberi kemahiran  kepada guru-guru dan murid-murid cara menggunakan VLE Frog
       dengan berkesan


Sehubungan dengan itu semua guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam telah selesai mengikuti kursus KESEDARAN FROG VLE DI BAWAH PROJEK 1 BESTARINET. Kursus ini telah  dilaksanakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh             :           07 November 2013 (Khamis)
            Masa              :           10.45 Pagi – 1.45 Petang
Tempat           :           Bilik Komputer SK Tanjung Gelam
Penceramah    :           En. Mohd Zuki B Ibrahim
                                  Pn. Arbaiyah Bt Embong


AKTIVITI SEPANJANG KURSUS



















No comments:

Post a Comment