21 September 2013

KURSUS SARANA



KURSUS SARANA


PENGENALAN

Sarana : (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu. ( Kamus Dewan Edisi Keempat)

Sarana Sekolah merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dan sektor swasta dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan Negara.
Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta ke arah bersatu dan menyokong satu matlamat iaitu membantu murid berjaya.
Terdapat 6 elemen menyokong pembelajaran iaitu :

1.iklim sekolah
a) aspek fizikal
                                 b) aspek  sosial
c) aspek emosi
d) aspek akademik
2. Komunikasi berkesan
3. Sokongan terhadap kejayaan murid
4. Tanggungjawab bersama
5. Keputusan bersama
6. Kerjasama dengan komuniti  

Rakan Kongsi Sekolah

Dalam merangka program bagi melaksanakan elemen-elemen yang menyokong pembelajaran, sekolah perlu bergabung dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) / alumni serta ahli komuniti setempat kerana semuanya merupakan rakan kongsi dalam mencemerlangkan murid. 

Sehubungan dengan ini, maka semua guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam telah selesai melaksanakan kursus dalam perkhidmatan siri ke-empat. Kursus ini adalah dibawah anjuran Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) SKTG dengan kerjasama Unit ICT SK Tanjung Gelam, Kuala Terengganu. Kursus yang dijalankan adalah Kursus SARANA. Kursus ini telah  dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Tarikh             :           21 September 2013 (Sabtu)
            Masa              :           8.00 pagi – 5.00 Petang
Tempat           :           Bilik Mesyuarat SK Tanjung Gelam
Penceramah  :           En. Rosdi Bin Jusoh ( Guru Besar SK Tanjung Gelam)

AKTIVITI SEPANJANG KURSUS























No comments:

Post a Comment