21 September 2013

KURSUS SARANA



KURSUS SARANA


PENGENALAN

Sarana : (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu. ( Kamus Dewan Edisi Keempat)

Sarana Sekolah merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dan sektor swasta dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan Negara.
Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta ke arah bersatu dan menyokong satu matlamat iaitu membantu murid berjaya.
Terdapat 6 elemen menyokong pembelajaran iaitu :

1.iklim sekolah
a) aspek fizikal
                                 b) aspek  sosial
c) aspek emosi
d) aspek akademik
2. Komunikasi berkesan
3. Sokongan terhadap kejayaan murid
4. Tanggungjawab bersama
5. Keputusan bersama
6. Kerjasama dengan komuniti  

Rakan Kongsi Sekolah

Dalam merangka program bagi melaksanakan elemen-elemen yang menyokong pembelajaran, sekolah perlu bergabung dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) / alumni serta ahli komuniti setempat kerana semuanya merupakan rakan kongsi dalam mencemerlangkan murid. 

Sehubungan dengan ini, maka semua guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam telah selesai melaksanakan kursus dalam perkhidmatan siri ke-empat. Kursus ini adalah dibawah anjuran Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) SKTG dengan kerjasama Unit ICT SK Tanjung Gelam, Kuala Terengganu. Kursus yang dijalankan adalah Kursus SARANA. Kursus ini telah  dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Tarikh             :           21 September 2013 (Sabtu)
            Masa              :           8.00 pagi – 5.00 Petang
Tempat           :           Bilik Mesyuarat SK Tanjung Gelam
Penceramah  :           En. Rosdi Bin Jusoh ( Guru Besar SK Tanjung Gelam)

AKTIVITI SEPANJANG KURSUS























15 September 2013

MAJLIS PELANCARAN DAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN



SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT SEKOLAH


MAJLIS PELANCARAN

Tarikh              :           27 Ogos 2013
            Hari                  :           Selasa
            Masa                :           7.45 pagi
Tempat             :           Dataran Perhimpunan SK Tanjung Gelam



MAJLIS PENUTUP

Tarikh              :           15 September 2013
            Hari                  :           Ahad
            Masa                :           10.45 pagi – 1.15 Petang
Tempat             :           Dewan Sri Gelam SK Tanjung Gelam

 
AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG BULAN KEMERDEKAAN

  1. Mewarna Jalur Gemilang ( Pra, Tahun 1 dan 2)
  2. Menghias Kelas ( Tahap 1 dan 2)
  3. Mengarang Karangan Pendek (Tahun 5 dan 5)
  4. Mendeklamasi  Sajak (Tahun 3 dan 4)
  5. Menyampaikan Syarahan (Tahun 5 dan 6)
  6. Menyanyi Lagu Patriotik (Tahun 2 dan 3)
  7. Kreativiti ( Terbuka berkumpukan)
AKTIVITI SEPANJANG BULAN KEMERDEKAAN

Nyanyian lagu-lagu patriotik













Hasil Kerja Murid Dalam Pertandingan KreativitI


i







MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN


Majlis Penyampaian Hadiah Oleh Guru Besar

 





Perasmian Penutup Oleh Guru Besar Sk Tanjung Gelam












PRORAM MESRA MASYARAKAT BERSAMA UNISZA



PROGRAM MESRA MASYARAKAT

PEMANTAPAN FIQH IBADAH & KEKELUARGAAN SEMASA


PENGENALAN

Semua warga sekolah termasuk guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam telah selesai mengikuti seminar dan bengkel anjuran Jabatan Syariah, Pengajian Islam UniSZA Kampus Gong Badak . Seminar ini adalah sebahagian daripada program LADAP sekolah. Seminar ini telah  dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Tarikh             :           14 September 2013
            Hari                 :           Sabtu
            Masa              :           8.30 pagi – 5.00 Petang
Tempat           :           Dewan Kuliah Utama UniSZA Kampus Gong Badak
Anjuran           :           Pusat Pengajian Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari
                                    Islam, UniSZA Kampus Gong Badak

                                   
PENGISIAN PROGRAM.

Peserta program telah didedahkan dengan beberapa tajuk syarahan utama iaitu  :

a.                  Ruksah Solat Bagi Pesakit.
Pembentang  : Ustaz Kamarudin Bin Awang Mat
Pusat Pengajian Syariah, FKI


b.                  Kesilapan-Kesilapan Dalam Solat
Pembentang  : Ustaz Ahmad Tirmizi Bin Taha
Pusat Pengajian Syariah, FKI

c.                  Isu-Isu Anak Tak Sah Taraf
Pembentang  : Ustaz Syed Mohd Azmi Bin Syed Ab Rahman
Pusat Pengajian Syariah, FKI

d.                  Isu-Isu Semasa Tentang Haid, Istihadah, Nifas Dan Junub
Pembentang  : Ustaz Kamarudin Bin Awang Mat
Pusat Pengajian Syariah, FKI







10 September 2013

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2013
Majlis Restu Ilmu ini dianjungkan oleh Jawatankuasa Program Kecemerlangan UPSR bersam Unit Bimbingan Kaunseling.Program ini bertujuan mendapatkan keredhaan daripada guru-guru segala ilmu yang telah dititiskan oleh mereka sejak dari Tahun satu hinggalah ke Tahun enam.Dengan keredhaan ini diharap ilmu daripada guru-guru mendapat keberkatan danmendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2013 nanti.Majlis ini telah diadakan pada 8 sept 2013 (Ahad) di Dataran Perhimpunan Sek.Keb.Tanjung Gelam.
UPSR 2013 SEK.KEB.TANJUNG GELAM
Seramai 66 orang murid tahun 6 telah menduduki UPSR pada tahun ini.Hari peperiksaan bermula pada hari Selasa bertarikh 10sept hingga 12 sept 2013.Semoga murid-murid Tahun Enam mendapat kejayaan yang cemerlang dalam Keputusan UPSR 2013 nanti.
REHAT MINDA UPSR 2013

khusus bagi Murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada 10-12 September 2013 nanti.Tujuan untuk memberi kerihatan minda dan ketenangan di kalangan murid-murid tahun 6 sebelum menghadapi peperiksaan UPSR.Di harap program ini dapat memberi motivasi kepada murid-murid Tahun 6.Program ini telah diadakan pada 7 Sept 2013 .Hari Sabtu bertempatdi Gem Beach Resort,Batu Rakit,Kuala Terengganu.

03 September 2013

SOLAT HAJAT PERDANA

SKTG mengadakan Solat Hajat perdana pada 5/9 bersamaan hari Khamis malam Jumaat bagi murid-murid Tahun 6 yanag akan menghadapi UPSR pada 10 -12/9/2013.Majlis itu akan diadakan di Masjid Jamek Gong Pak Jin dengan kerjasama komuniti setempat,Persatuan Ibubapa Guru.Semoga dibekati illahi.........

02 September 2013

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN

Pada 28/8 bersamaan hari Rabu SKTG mengadakan majlis pelancaran di ambang kemerdekaan ke 56 dengan pelaksanaan  program yang telah dirancangkan.Majlis dimulakan dengan menaikkan bendera dan menyanyikan lagu Negaraku .Program program sepanjang bulan kemerdekaan telah disusun untuk dilaksanakan.Selamat menyambut bulan kemerdekaan.