Rasional :
Program Lawatan Pelajar adalah salah satu aspirasi kerajaan Malaysia di
dalam menggalakkan kecenderungan melancong di kalangan pelajar dan rakyat
secara umumnya. Pelancongan domestik membolehkan pelajar menyedari tentang
perkembangan sains dan teknologi,
sejarah, geografi dan sosio ekonomi penduduk.
Program lawatan sambil belajar Kelab Bimbingan &
Kaunseling dengan kerjasama Persatuan
Sains & matematik SK Tanjung Gelam ini bukan sahaja dirangka khusus sebagai
satu bentuk pendedahan kepada murid-murid terhadap perkembangan sains dan
teknologi dipersekitaran masyarakat Malaysia malahan membolehkan
pengajaran dan pembelajaran secara formal menjadi lebih menarik dan berkesan.
OBJEKTIF :
·
Mencetus dan menyemai minat murid kearah pembelajaran sains,
teknologi, dan inovasi sepanjang hayat.
·
Memupuk kesedaran, kefahaman, dan penghargaan murid terhadap
sains, teknologi, dan inovasi.
·
Menggalakkan aplikasi pengetahuan sains dan teknologi dikalangan
murid.
·
Murid-murid akan lebih bersedia untuk menghadapi proses pengajaran
dan pembelajaran yang lebih mencabar pada masa yang akan datang.
·
Murid akan dapat melengkapkan diri ke arah menjadi pelajar yang
lebih mencabar, berdikari dan jati diri.
·
Percambahan idea di kalangan murid dapat dikembangkan.
TARIKH LAWATAN :
Program lawatan ini diadakan pada 25 Jun 2013 (Selasa).
DESTINASI LAWATAN:
·
Kemaman
- Dewan Dato’ Seri Amar,
Chukai
- Pusat Latihan Teknologi Tinggi
(ADTEC)
AKTIVITI-AKTIVITI SEMASA LAWATAN
1. Pameran Di Dewan Dato' Seri Amar, Chukai
2. Lawatan ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Kemaman
No comments:
Post a Comment