25 June 2013
KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SKTG
SKTG mengadakan Kejohanan Padang dan Balapan pada hari Khamis 27/6/2013 di Padang SKTG. Sebelum itu telah diadakan sukantara yang melibatkan semua murid dari Prasekolah hingga ke Tahun 6.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KEMAMAN
Seramai 35 orang murid Tahun 5 diiringi 3 orang guru mengadakan lawatan ke Pameran Sains anjuran Jabatan Pelajaran Terengganu yang diadakan di Daerah Kemanan. Rombongan SKTG mengadakan lawatan pada 25/6/2013 dengan kerjasama UMT yang menyediakan perkhidmatan bas UMT.
Rasional :
Program Lawatan Pelajar adalah salah satu aspirasi kerajaan Malaysia di
dalam menggalakkan kecenderungan melancong di kalangan pelajar dan rakyat
secara umumnya. Pelancongan domestik membolehkan pelajar menyedari tentang
perkembangan sains dan teknologi,
sejarah, geografi dan sosio ekonomi penduduk.
Program lawatan sambil belajar Kelab Bimbingan &
Kaunseling dengan kerjasama Persatuan
Sains & matematik SK Tanjung Gelam ini bukan sahaja dirangka khusus sebagai
satu bentuk pendedahan kepada murid-murid terhadap perkembangan sains dan
teknologi dipersekitaran masyarakat Malaysia malahan membolehkan
pengajaran dan pembelajaran secara formal menjadi lebih menarik dan berkesan.
OBJEKTIF :
·
Mencetus dan menyemai minat murid kearah pembelajaran sains,
teknologi, dan inovasi sepanjang hayat.
·
Memupuk kesedaran, kefahaman, dan penghargaan murid terhadap
sains, teknologi, dan inovasi.
·
Menggalakkan aplikasi pengetahuan sains dan teknologi dikalangan
murid.
·
Murid-murid akan lebih bersedia untuk menghadapi proses pengajaran
dan pembelajaran yang lebih mencabar pada masa yang akan datang.
·
Murid akan dapat melengkapkan diri ke arah menjadi pelajar yang
lebih mencabar, berdikari dan jati diri.
·
Percambahan idea di kalangan murid dapat dikembangkan.
TARIKH LAWATAN :
Program lawatan ini diadakan pada 25 Jun 2013 (Selasa).
DESTINASI LAWATAN:
·
Kemaman
- Dewan Dato’ Seri Amar,
Chukai
- Pusat Latihan Teknologi Tinggi
(ADTEC)
AKTIVITI-AKTIVITI SEMASA LAWATAN
1. Pameran Di Dewan Dato' Seri Amar, Chukai
2. Lawatan ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Kemaman
16 June 2013
CERAMAH ISRAJ MIKRAJ, KEM BESTARI SOLAT
Pada 17 Jun 2013 Panitia Agama Islam mengadakan dua program keaagamaan iaitu ceramah Israj Mikraj dan kursus amali Bestari solat.Ceramah Israj Mikraj disampaikan oleh seorang penceramah jemputan dari Sek.Keb. Kampung Buloh, Setiu.Program Bestari Solat diadakan selepas rehat dan melibatkan semua murid Tahap 1 dan tahap 2 dan semua guru serta guru-guru KAFA,Tahniah Panitia Agama dan semua guru
PROGRAM TEMU MURNI 2013
Pada 13 Jun 2013 ,Hari Khamis -SKTG telah mengadakan Majlis Temu Murni diantara ibubapa murid dengan pihak pentadbir dan guru-guru.Program ini bertujuan menyalurkan maklumat pencapaian dan prestasi semasa akademik murid kepada ibubapa murid dan mengeratkan hubungan sillatulrahim antara ibubapa dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru.Majlis itu dimulakan dengan mendengar taklimat dari guru besar sktg,En.Rosdi bin Jusoh mengenai kurikulum dan program hal ehwal murid.Ibubapa telah menandatangan buku rekod adab belajar anak mereka dikelas masing-masing.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir.
10 June 2013
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MRSM
Pada 10/6/2013 seramai 35 murid Tahun 6 diiringi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Norhaidar dan Kaunselor Sekolah Pn. Roshaizan mengadakan lawatan ke MRSM Kuala Terengganu.Rombongan ini menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan UMT Kuala Terengganu.Selamat berjaya
MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang cemerlang dan mempunyai belajar dan meningkatkan prestasi keputusan peperiksaan.
Melahirkan pelajar yang cemerlang dan mempunyai belajar dan meningkatkan prestasi keputusan peperiksaan.
OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan pengetahuan
tentang hala tuju dan peluang belajar selepas belajar.
2.
Meningkatkan
motivasi dan daya juang pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
3.
Meningkatkan
kesedaran dan kepekaan pelajar tentang kualiti belajar.
4.
Melahirkan
pelajar yang berketerampilan dan peka dengan kehendak semasa.
5.
Memupuk
minat belajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan merebut peluang ke sekolah
berasrama penuh atau MRSM.
Subscribe to:
Posts (Atom)