13 October 2013

LAWATAN SAINS



LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEMPENA
BULAN ASTRONOMI  PSKT
BAGI TAHUN 2013


Seramai 38 orang murid Tahun 6 bersama 2 orang guru pengiring telah menyertai lawatan sambil belajar ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT). Lawatan sambil belajar ini di buat pada 13 Oktober 2013 dengan menggunakan kemudahan pengangkutan bas Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (ILP). Murid-murid begitu teruja meneroka dunia sains dan juga pelbagai peralatan dan kemudahan yang terdapat di situ. Antara aktiviti yang disediakan ialah :
a.       Tayangan Perdana “Dawn Of The Space Age”
b.      Astronaut In The Gallery
c.       Science Show
d.      Astronomy Mini Theater
e.       Pencerapan Matahari
f.        Permainan sains, dan lain-lain lagi

Selaku penganjur lawatan, kami amat bangga dengan penglibatan aktif murid-murid
dalam  aktiviti yang dijalankan. Semoga penglibatan yang aktif ini dapat
dipertingkatkan lagi untuk tahun-tahun yang akan datang. 

Sebahagian Daripada Aktiviti Yang Dijalankan Oleh Murid 













07 October 2013

TAKLIMAT E-PRESTASI



TAKLIMAT PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Skop Taklimat yang disampaikan meliputi :

  1. Latar Belakang PBPPP
  2. Proses Pelaksanaan PBPPP 2013
  3. Tadbir Urus


1.  LATAR BELAKANG PBPPP

PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh JPA”

                                                                        Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
Y.A.B Perdana Menteri Malaysia
Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-12
21 Mac 2011


2.  PROSES PELAKSANAAN PBPPP 2013

2.1  Pra Pelaksanaan
2.2  Semasa Pelaksanaan
2.3  Pasca Pelaksanaan


3.  TADBIR URUS

Merupakan Tanggungjawab PPD


Sehubungan dengan ini, maka semua guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam telah selesai mengikuti Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Kementerian Pendidikan Malaysia. Taklimat ini merupakan salah satu daripada kursus LADAP yang berasaskan sekolah. Taklimat ini telah  dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Tarikh             :           6 Oktober 2013 (Ahad)
            Masa              :           12.00 Tengahari – 5.00 Petang
Tempat           :           Bilik Mesyuarat SK Tanjung Gelam
Penceramah    :           En. Rosdi Bin Jusoh ( Guru Besar SK Tanjung Gelam)


                    

AKTIVITI SEPANJANG KURSUS





















SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SWIP)

Seminar ini telah dihadiri oleh semua guru SK Tanjung Gelam bersama guru-guru daripada beberapa sekolah rendah lain. Seminar ini telah dijalankan seperti mana berikut :

       Tarikh             :  28 September 2013 (Sabtu)
       Tempat           :  Dewan SMK Ibrahim Fikri
       Masa              :  8.00 Pagi - 1.00 Petang
       Penceramah    :  Tn. Hj. Muhammad Bin Hj. Ngah