28 May 2013

SELAMAT BERCUTI

Bermula 24 Mei hingga 8 Jun semua murid di seluruh negara menyambut cuti persekolahan Pertengahan Tahun 2013.Warga SKTG mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid dan guru.Jagalah keselamatan diri semasa bercuti.

PROGRAM TAUTAN MAHABAH

Pada 25 Mei telah diadakan program motivasi yang dinamakan program Tautan Mahabah kepada murid Tahun Enam dan Lima.Program ini dianjurkan oleh Mahasisiwa/Siswi Fakulti Bimbingan dan kaunseling UMT selama satu hari di Dewan Sri Gelam SKTG.Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian.

PROGRAM KESELAMATAN JALANRAYA

PETROSAINS telah mengadakan satu program iaitu Program Keselamatan Jalanraya di SKTG.Program ini diadakan pada 23 Mei yang lalu.Semua Murid Lima dan Empat terlibat yang diadakan Dewan Sri Gelam.Pihak SKTG mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihakPETRONAS.

14 May 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Perkhemahan Unit Beruniform SKTG mengadakan aktiviti Pekhemahan pada 16 hingga 18 Mei 2013 bertempat di persekitaran kawasan sekolah.Program ini disertai oleh semua Unit Beruniform dan penyertaan dari NGO  dan agensi kerajaan seperti RELA.Turut sama mengadakan demontrasi aktiviti dari Unit Beruniform UMT.Selamt mengadakan akativiti perkhemahan.

12 May 2013

PROGRAM KOKURIKULUM PELAJAR UNISZA DAN PRASEKOLAH

Pada 10/5/2013 Pelajar-pelajar UNISZA telah mengadakan Program Kokurikulum disertai oleh murid -murid Prasekolah SKTGseramai 20 orang.Program ini secara tidak langsung telah mendedahkan murid-murid ini dengan suasana dan persekitaran yang menarik.Terima kasih kepada pelajar-pelajar UNISZA.