30 April 2013

PROGRAM JATI DIRI UMT

Pada25 April Program Bina Jati Diri telah diadakan di Dewan Sri Gelam SKTG.Program ini melibatkan murid Tahun 5 dan 6.Program ini dianjurkan oleh Kelab Pemadan UMT dengan di ketuai Penasihat Pemadan En Zulkifli bin Abd Aziz,Matlamat Program ialah untuk meningkatkan kekuatan dan potensi diri murid .

14 April 2013

HARI KOMUNITI SIBER UNISZA-SKTG

Pada hari Khamis 11 April 2013 berlangsung program Hari Komuniti yang di sertai oleh Murid-murid Tahun Enam dan Ibubapa serta Pensyarah dan Pelajar Fakulti Informatik UNISZA.Program sehari ini mendedahkan kepada peserta bagaimana ICT dapat membantu dalam proses pembelaajaran yang lebih terbuka dan menyeronokkan.

03 April 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 10

Pada 5 April 2013 SKTG mengadakan Mesyarat Agung PIBG ke 10 yang jatuh pada hari Jumaat.Majlis diadakan di Dewan Sri Gelam dan dirasmikan olwh Tuan Haji Muhamad Ramli bin Haji Nuh Ahli Dewan Undangan Negeri Tepuh.Turut dijemput ialah wakil dari Pejabat Pelajaran daerah Kuala Terengganu.Terima kasih kepada semua ibubapa dan guru-guru yang menjayakan program ini.