31 March 2013

GURU PRAKTIKUM DAN PBS

Buka sesi persekolahan penggal pertama, SKTG menerima dua orang guru Praktikum dan dua orang guru PBS.Kami warga SKTG mengucapkan selamat datang dan dapat menimba sesuatu bagi menambah pengalaman dan ilmu dalam pendidikan.

21 March 2013

SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1

Bermula 22/34/2013 sehingga 30/3/2013 semua murid bercuti selama seminggu.SKTG mengucapkan selamat bercuti dan jagalah keselamatan diri sepanjang cuti ini. Bagi murid Enam dan Tahun Lima kelas tambahan pada hari hari sabtu dan ahad.

19 March 2013

GURU LATIHAN PBS

SKTG telah menerima seramai 7 orang bakal guru Muda yang akan menjalani Latihan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bermula 17/3/2013 hinnga 21/3/2013.Mereka terdiri dariapada bakal guru dari Institut Perguruan kampus Datuk Razali, Kuala Terengganu dan Institut Perguruan Kampus Melaka.SKTG mengucapkan selamat datang dan dapatkan pengalaman sebanyak yang mungkin,

17 March 2013

KEJOHANAN OLAHARAGA MSSSKTU

Pada 17/3/2013 seramai 16 peserta dari SKTG menyertai Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kuala Terengganu Utara.Kejohanan itu diadakan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.Pasukan Olahraga diketuai ole En .Wan Ali selaku Pengurus Pasukan.Kami warga SKTG merndoakan kejayaan yang lebih baik dicapai pada tahun ini. Selamat berjuang.......

13 March 2013

BENGKEL ICT BERSAMA UNISZA

Pada 16/3/2013 seramai 42 warga SKTG mengadakan satu kursus LADAP dengan kerjasama Fakulti Informatik  UNISZA .Kursus ini bagi memberikan pendedahan dan dapat digunapakai dalam aktiviti terutama meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaan serta mutu kerja.Terima kasih kepada semua warga Fakulti Informatik kerana memberi peluang dan ruang serta kesempatan kepadaarga SKTG.