PROGRAM PENINGKATAN KENDIRI
TAHUN 6
ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
JAWATANKUASA KECEMERLANGAN UPSR
28 FEBRUARI 2013-
1 MAC 2013 ( SK TANJUNG GELAM)
KUMPULAN
SASARAN
Semua murid Tahun 6 (66 orang)
Ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
PENGENALAN
Program ini
dicadangkan, atas kesedaran betapa perlunya para pelajar, khususnya
pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki UPSR tahun 2013 ini harus mempunyai kesedaran diri yang
tinggi untuk terus belajar mencapai kecemerlangan akademik serta akhlak yang
baik.
Program ini dicadangkan
untuk mewujudkan suasana majlis ilmu yang kondusif dan beretika yang boleh
menjadi pendorong serta cetusan semangat dalaman para pelajar yang akan membuka
minda dan kesedaran kendiri.
RASIONAL
Setiap pelajar
berpotensi dan boleh dididik. Mereka mampu dan berupaya mencapai kecemerlangan
sekiranya dipupuk dan dibajai keyakinan, pembinaan semangat, dorongan dan
bimbingan serta penerokaan minda yang sempurna melalui program yang
dilaksanakan.
OBJEKTIF
8.1 Membina keyakinan diri pelajar bahawa
mereka berpotensi untuk menjadi individu dan pelajar yang cemerlang.
8.2 Memberi kesedaran, pengetahuan dan
kemahiran mengendalikan aktiviti seharian yang seimbang bagi mencapai
kecemerlangan diri ( intelek, rohani dan jasmani ).
8.3 Mendedahkan para pelajar dengan
kemahiran mengurus diri, mengurus masa serta mengulangkaji pelajaran.
8.4 Untuk memupuk semangat kerja berpasukan
dalam menghadapi peperiksaan.
8.5 Menjurus minda
para pelajar ke arah insan yang cemerlang dan berguna kepada bangsa, agama dan
negara.
Daripada: Unit Bimbingan dan Kaunseling